"Jangan katakan pada Allah kalau kita ada
masalah, katakan pada masalah kita ada Allah"
Ketika
kita ditimpa sebuah masalah, bererti Allah mahu kita lebih dewasa dalam
menghadapi hidup ini. Ketika kita ditimpa musibah, bererti Allah ingin kita
agar kita mendekat kepadanya. Ketika kita ditimpa kesusahan, bererti Allah
telah menyediakan untuk kita kemudahan.
Kerana
sesungguhnya disebalik permasalahan ada proses pendewasaan, disebalik musibah
ada hikmah, disebalik kesusahan ada kemudahan.
”Maka
sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan
ada kemudahan.” (Al-Insyirah: 5-6)
Ketika
permasalahan datang menghampiri, jangan mengeluh dihadapan Maha Pencipta,
jangan memberontak akan keputusannya apalagi dengan mengatakan bahawa Allah
tidak adil. Namun, mintalah agar kita diberi kesabaran serta ketabahan dalam
menghadapinya, diberikan penyelesaian yang terbaik bagi kita, dan selalu
mengharap dia memberikan ganjaran pahala untuk kita.
Tanpa
malam, bulan purnama takkan indah. Tanpa lapar, nikmat makanan takkan terasa.
Tanpa dahaga sejuknya air takkan memberi banyak makna. Begitu juga kemenangan
atau kemudahan takkan banyak memberi erti tanpa didahului rintangan masalah
kesusahan. Setelah mendung terbitlah cerah.
Tak
ada hidup tanpa masalah, kerana masalah adalah sunnah-Nya. Yang kita perlukan
hanya dada yang lapang dalam menghadapinya. Jika ketabahan yang kita bina,
nikmat masalah akan terasa. Jika keluhan yang sentiasa kita bina sengsara
masalah akan selalu bertambah.
Masalah
datang untuk kita hadapi, bukan untuk dicaci atau dimaki. Masalah adalah medium
dalam proses pendewasaan. Tanpa masalah kita takkan pernah dewasa. Tanpa
masalah kita takkan menjadi orang yang luar biasa.
”Jalan
yang lurus dan rata takkan pernah menghasilkan pemandu yang hebat. Laut yang
tenang takkan pernah menghasilkan pelaut yang cekap. Langit yang cerah takkan
pernah menghasilkan juruterbang yang handal.”
Di saat kita mencari solusi dalam suatu masalah, di saat itulah sebuah proses
pendewasaan hidup akan bermula. Maka senyumlah mereka yang memiliki masalah dan
mengatasi masalah tersebut dengan bijak, iaitu dengan tetap selalu bergantung
kepada keputusan Allah yang maha adil setelah tawakal dilakukan.
Subhanallah....